Pada 16 Mei 2009 Jabatan Pelajaran Perak telah melantik Pn.Faridah bt.Yusop sebagai Guru Besar bersama 44 orang guru dan tambahan dua orang staf sokongan. Pada 30 Mei 2009, sebanyak 701 orang murid dari sekolah-sekolah berdekatan telah mendaftar di sekolah ini. Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh wakil KPM kepada Guru Besar pada 4 Jun 2009. Pada 15 Jun 2009, sekolah mula beroperasi dengan 19 buah kelas bagi Tahun 1 hingga 5.
Pada 4 Januari 2010, 24 buah kelas beroperasi dengan jumlah murid dari Tahun 1 hingga 6 meningkat kepada 1056, guru seramai 49 orang dan 9 orang staf sokongan.
Pada 1 Julai 2010, bangunan sekolah telah dirasmikan oleh DYTM Raja Dr.Nazrin Shah, Raja Muda Perak bersama DYTM Raja Puan Besar, turut berangkat DYAM Raja Dihilir Perak dan Raja Puan Muda serta Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia.
Pada 3 Januari 2011, 30 buah kelas telah beroperasi dengan jumlah murid sebanyak 1060 dan 58 orang guru.