Wednesday, October 28, 2020

PKSR 2

 *PENGUMUMAN UTK SEMUA*

Peperiksaan akhir tahun *(PAT)* akan ditunda ke tarikh 23-26 November 2020. Harap maklum.

Thursday, October 15, 2020

Info Penting

 ‼️Info penting Covid

Perhatian kepada semua ibubapa penjaga terutama  yang mempunyai kaitan dengan *Tempat- tempat yang telah diisytiharkan ada kes positif Covid*

➡️mohon kuarantinkan sendiri anak-anak di rumah 

*Sekiranya salah seorang ahli keluarga (yg tinggal dalam satu rumah  kena kuarantin), maka satu keluarga tersebut mesti kuarantin sendiri di rumah*

#Keselamatan anak- anak SKPJ tanggungjawab semua


Wednesday, October 7, 2020

Langkah-langkah Keselamatan

 *Langkah- langkah keselamatan dalam menangani isu Covid 19*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mohon kerjasama semua ibubapa/ penjaga *kuarantinkan anak/jagaan masing- masing di rumah sekurang-kurangnya 2 minggu* sekiranya terlibat dalam salah satu kategori berikut:-

➡️baru pulang dari kawasan zon kritikal Covid 19

➡️kontak rapat dengan individu yang baru pulang dari kawasan zon kritikal Covid 19

➡️kontak rapat dengan pesakit Covid 19

➡️mempunyai gejala batuk, demam, selsema , sakit tekak atau menghadapi sebarang masalah kesihatan yang lain.

‼️Keselamatan anak- anak SKPJ tanggungjawab semua‼️

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 1, 2020

Permohonan Sekolah Seni

 🌸Sekolah Seni Malaysia 🌸

-Mohon melalui pautan berikut

essem.moe.gov.my


-mulai 21 Ogos 2020 hingga 20 Oktober 2020


Sebarang pertanyaan / masalah berkaitan sila hubungi

➡️http://www.moe.gov.my

ATAU

➡️tel 03-88721620 ( Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Unit Pengurusan Sek Seni)

Permohonan ke Sekolah Khusus KPM

 Pengumuman Penting Utk. Murid Tahun 6


Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)


https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pksk

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

➡️Sekolah Berasrama Penuh

➡️Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

➡️Maktab Tentera Diraja


🌸Permohonan secara online mulai 7/9 hingga 2/10/2020


🌸https://spskt1.moe.gov.my

Permohonan MRSM

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kepada murid Tahun 6 yg.berminat utk. memohon MRSM : 


🌸Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

➡️Permohonan dibuka mulai 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020

➡️Permohonan secara online

➡️Gunakan pautan berikut

https://mrsm.mara.gov.my/mrsm/


🌸Utk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila layari / hubungi


https://www.mara.gov.my/

*ATAU*

Telefon ➡️03-26134222

Monday, August 10, 2020

PERINGATAN PENTING!!!!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

➡️Mohon kerjasama semua ibubapa / penjaga murid SKPJ *tidak membenarkan* anak / jagaan yg bergejala seperti berikut hadir ke sekolah.

- sakit tekak

- demam

- batuk 

- selsema


➡️pastikan anak / jagaan tuan/puan *berada dalam keadaan sihat* semasa hadir ke sekolah.


#keselamatan anak-anak SKPJ tanggungjawab semua#

Pengumuman Kedai Buku Sekolah

 📚Kedai Buku Sekolah📚

➡️ kedai buku sekolah hanya akan dibuka pada waktu rehat sahaja.

➡️kaunter khas kedai buku akan dibuka di laluan antara Bilik Kesihatan dan Perpustakaan.

➡️ Murid2 tidak dibenarkan masuk ke kedai buku untuk mengelakkan kesesakan.

➡️Hanya alatan asas sahaja yang dijual

- buku tulis

- pensel

-pembaris 

- pemadam

- gam

- pensel warna

- pengasah pensel


➡️Lain-lain peralatan persekolahan seperti kamus dsb, boleh didapati terus daripada Kedai Buku Pustaka Hijrah

📝Harap maklum


Monday, July 13, 2020

Info Penting SOP MURID -Sila Baca!!!!!!!

Makluman Kepada Ibu Bapa/Penjaga SKPJ:-

1.Jadual Sementara PKPP akan digunakan bermula 15 hingga 17 Julai 2020.(disertakan dlm channel Skpj.)

2.Jadual Penjajaran Kurikulum Baru pula akan dikeluarkan dan digunakan bermula 20Julai hingga 18 Disember.(akan di masukkan dalam channel Sk Pakatan Jaya nanti).

3.Kelas Pemulihan ( untuk murid tahun 3 dan tahun 6 yang tidak boleh membaca) akan bermula 1 jam awal (7.30-8.00 pagi dan 1 jam sebelum balik iaitu 12.00-1.00) Masa diantara kelas perlu dibasmi kuman semula.(Murid terlibat akan dimaklumkan)

4.Guru akan mengukur suhu pelajar dipintu gate kecil.Jika suhu melebihi 37.5 darjah Celcius, pelajar dikehendaki balik kerumah dan ibu bapa akan dihubungi untuk mengambil anak jagaan masing-masing.

5.Murid tidak dibenarkan makan dikantin,tetapi akan makan didalam kelas ditempat masing-masing.Ibu bapa dan penjaga perlu bekalkan sudu sendiri atau sudu pakai buang pada anak jagaan.

6.Kantin akan dibuka namun menu akan dihadkan dan murid akan berbaris dari kelas utk membeli dan naik balik kekelas untuk makan.

7.Tempat basuh tangan akan disediakan dikantin (3 tempat) dan difoyer (3 tempat)

8.Hanya 1 pintu masuk sahaja dibuka untuk murid tahun 5 dan 6(pintu kecil dihadapan) untuk murid memasuki kawasan sekolah.

Taklimat PBD

13 Julai 2020 - Taklimat PBD telah diadakan pada jam 7.40 pagi Dewan Besar SKPJ disampaikan oleh Ketua Panitia Muzik, Pn.Hasnatun Noor.


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019

Tahniah kepada penerima-penerima APC 2019 !
1. Puan Siti Romiza Ramli
2. Puan Zaimah Omar
3. Puan Suguna Sinnappan
4. Puan Khalidah Mastura Yazid
5. Puan Nor Ashikin Daud
6. Puan Zurinah Shuib
Semoga terus cemerlang !!!

Taklimat Guru

8 Julai 2020 - Taklimat Guru telah diadakan jam 7.40 pagi di Dewan Besar SKPJ
1.Postmortem online pembukaan sek.
2.Postmortem PSOP
3.Dashboard amalan terbaik
4.Pengumuman Anugerah *APC* 2019.
5.Hal-hal lain

Thursday, July 9, 2020

Makluman Modul 2 PKPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸
Makluman untuk semua ibubapa penjaga :
Ibubapa murid Tahun 1 - 4 boleh mula mengambil Modul 2 untuk anak masing-masing pada 9 - 10 Julai 2020 bermula 7.40 pagi -1.30 petang.
Tiada pengambilan modul untuk Tahun 5 dan 6. 
Harap maklum.